Terma Dan Syarat Peraturan Tempahan Dewan.
Sebarang penundaan atau penangguhan tarikh penggunaan dewan serbaguna yang telah ditempah oleh penyewa tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah:-
a. Sekiranya tempahan dibatalkan oleh penempah, maka pemulangan Wang (Refund) TIDAK akan dikembalikan semula kepada pemohon.
b. TIADA deposit / wang cagaran dikenakan semasa proses penempahan dewan serbaguna. Pembayaran penuh perlu dibuat semasa penempahan dibuat.
RM500 : JAMUAN NIKAH (Kurang 100 Orang)
Pilihan *JAMUAN NIKAH* adalah hanya untuk pelanggan yang telah menempah *BILIK NIKAH* sahaja.
Keperluan:
• 10 Meja Bulat
• 100 Kerusi Banquet
• 2 Meja Panjang
___________________________________
RM800 : SEKOLAH / JAIS / SEMINAR
Pilihan *SEKOLAH / JAIS / SEMINAR* Perlu di sertakan SURAT PROGRAM dari Jabatan atau Agensi.
Keperluan:
• 10 Meja Bulat
• 100 Kerusi Banquet
• 2 Meja Panjang
___________________________________
RM1500 : PERKAHWINAN
Pakej:
• 20 Meja Bulat
• 200 Kerusi Banquet
• 10 Meja Panjang
• 2 Mic Wayar
___________________________________
SYARAT PENGGUNAAN DEWAN SERBAGUNA
1- Penggunaan untuk Majlis perkahwinan / Majlis Pernikahan / Majlis Aqiqah dan Majlis umum.
2-Dewan serbaguna boleh memuatkan 200 ORANG sekali masuk.
3-Penyediaan jamuan DIBENARKAN.
4-Penggunaan dewan serbaguna bermula dari JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 4.00 PETANG.
5-Perhiasan pentas atau dewan serbaguna dibenarkan SEHARI SEBELUM majlis berlangsung.
6-Waktu hias pada hari jumaat bermula JAM 4.00 PETANG SEHINGGA 10.00 MALAM SAHAJA.
7-Pihak masjid TIDAK MENYEDIAKAN alas meja dan alas kerusi.














